5.1.11

saya SELESEMA cikgu

jalan terhuyung hayang..mata kuyu..hidung berair..apa hal dengan budak hingusan ini??...sayalah itu..=_=


penyakit ini bukan diminta tapi diberi olehNya mungking juga berupa pembalasan untuk menghapus dosa-dosa kecil yang entah berapa banyak...syukur Alhamdulillah :D

tetapi timing sangat la tak betul...masa ini pulak nak demam2..bukan main susah nak dapat MC kat sini( uia sangat kedekut~!) ada boleh pulak bagi MC setengah hari..

tak boleh tak boleh...nak skip kelas dah tak boleh...minggu ini tak dapat...jadual memang PACK~! chemistry nak belajar topik baru...math pun sama..kalau tak datang nanti kelas seterusnya duduk ternganga mulut lalat pun boleh masuk..sebab tak faham punya pasal...adoi..dah la arab dah 2 kali tak datang..hehe..maaf la ye ustaz..bukan saya tak suka tapi saya suka sangat kelas arab..lagi-lagi dengan ustaz Hassan dari mesir (hahah).. kalau 2 kali  tak datang lagi memang akan dihantar satu surat warning ke rumah...(saya ni memang jarang nak dapat surat kat rumah..sekali sekala apa salahnya?haha..taknak la...habis reputasi saya..ceh! bunyi macam artis je..padahal tak xp)..ish2 budak ni...kelas arab boleh pulak dia tak pergi??ok! tolong sikit saya ada sebab ye...setiap tindak tanduk yang dilakukan akan disemak dan difikirkan semasak masaknya..

teringat pulak semasa dibangku sekolah rendah dahulu..pagi pagi sudah bangun..masuk tandas nak mandi..tapi tak sampai 10 minit dah keluar balik buat muka kesian dan sakit..kata kat mama dengan suara yang kecil 'mama..tak larat la,rasa nak demam..kalau tak pergi sekolah hari ni boleh?'..mama pula sebagai ibu yang PENYAYANG pun bagi duduk rumah..:D yay~!lepas itu masuk bilik dan tidur balik..bahagianya...kebetulan pula hari itu kena hantar karangan BM..hehe..(tak disengajakan :D) saya tahu cikgu rindu saya.. :p

semasa di mrsm pun sama tapi kat encik azman..haha..dialah yang menguruskan sickbay di mrsm tgb..sangatlah baik orangnya dan peramah juga..budak2 kat sana pun selesa dengan kehadirannya..dia mengambil berat tentang semua pelajar...pagi pagi selepas rollcall kena pergi kat sickbay dapatkan kad untuk dibawa ke hospital jasin..memang sangat lah pelik dunia ini bila dah sampai kat hospital nak diperiksa hilang la pula semua kesakitan itu..batuk yang tadi tak henti henti tiba- tiba dah tidak ada..badan yang tadi panas sangat dah jadi sejuk pulak..perkara ini kerap berlaku bila nak jumpa dengan doktor...haish..kenapa ye?=_= well selain ubat dan doktor yang ada kat hospital tu , nasi ayam seberang jalan pun ada..hehe..kat situ la budak2 sakit tunggu pakcik azman ambik..sambil tunggu sambil makan ye...marvelous lah~! sangat sedap..hish budak ni sakit sakit pun ada selera nak makan nasi ayam.. ni sakit ke tipu ni? hehe..saya tak tipu tapi bila perut dah lapar sakit sakit pun kena makan jugak..perut bertambah selera lagi ada la..saya memang pelik pun..:D

post kali ini tak seberapa..cuma nak berkongsi kesedihan tak dapat nak ambik MC disebabkan terlalu banyak agenda dalam minggu ini yang diselitkan juga dengan pengalaman yang lepas..:D 

sayonara~! saya nak tidur..penat dah menaip ni..

0 watcha say :D:

Post a Comment

most wanted!

About Me

My photo
I'm just your average person on the outside but completely different on the inside.